Alor Setar : Kaca Mata Malaysia Alor Setar

Slogan Jom Pi Alor Setar

‘JOM PI ALOR SETAR’Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke semasa termasuklah bandaraya Alor Setar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Mercu Tanda di Kedah Darul Aman khususnya Alor Setar mempamerkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan, binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri Kedah itu sendiri. Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.[9]

Alor Setar Bandar Selamat

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan projek Program Bandar Selamat di bandaraya ini. Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, projek itu antaranya membina besi penghadang jalan, memasang lampu jalan di kawasan gelap dan pemasangan cermin.

Kawasan yang terlibat dalam projek ini pula merupakan kawasan-kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya kejadian jenayah seperti ragut dan sebagainya. Terdapat 12 lokasi yang terpilih iaitu di Jalan Sultan Badlishah, Jalan Tunku Ibrahim, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Simpang Kuala, Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Jalan Kota,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mat Noh berkata, pihaknya membelanjakan RM3.3 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan 42 projek menaik taraf jalan dan sistem perparitan. Menurutnya, antara projek itu ialah menaik taraf jalan dan parit di jalan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar dan sistem perparitan di Taman Bayu Baru. Projek lain adalah Lebuhraya Sultanah Bahiyah; jalan dan parit di Kampung Pantai Johor serta jalan dan sistem perparitan di Dataran Kampung Berjaya.[10]

Bandaraya Masa Depan Asia

Alor Setar dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor Setar berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipei (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandar Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina). Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Bandar Quezon (Filipina).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur. Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur untuk melabur di Kedah.[11] [12]

Bandaraya Metropolitan Alor Setar

Perkembangan Bandaraya Alor Setar akan menjadi Bandar Metropolitan Alor Setar-Kubang Pasu-Pokok Sena-Pendang.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Jitra (Kubang Pasu) - Pokok Sena - Pendang.

Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar ini membentuk sebuah kawasan metropolis dengan jumlah 731,995 orang (2010)[perlu rujukan], menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang, Metropolitan Iskandar Malaysia, Metropolitan Lembah Kinta, dan Metropolitan Penang-Kedah.

Bandaraya Utama Negeri Kedah

Alor Setar merupakan bandar utama di Kedah selain Sungai Petani dan Kulim.Alor Setar merupakan sebuah ibu negeri yang juga merupakan bandar diraja. Pentadbiran Negeri Kedah juga terletak di sini.

Fungsi-fungsi bandaraya Alor Setar:

  • Bandar Utama Negeri Kedah
  • Bandar Pentadbiran Negeri Kedah
  • Bandar Diraja Negeri Kedah
  • Bandar Ibu Negeri Kedah
  • Bandar Pertanian Padi
  • Bandar Perindustrian
  • Bandar Pelancongan
  • Bandar Bersejarah
  • Bandar Pelabuhan

Bangunan Tertinggi di Alor Setar

Menara Alor Setar

Paling Tinggi :

  • Menara Alor Setar : 40 tingkat (165.5 meter)
  • Amansuri Residence I : 24 tingkat
  • Amansuri Residence II : 22 tingkat
  • City Plaza + Holiday Villa : 20 tingkat
  • Grand Alora Hotel : 18 tingkat
  • Menara PKNK : 15 tingkat
  • Menara SADA : 15 tingkat (siap pembinaan)
  • Bangunan Sultan Abdul Halim : 13 tingkat
  • Menara Zakat : 13 tingkat
  • Menara Peladang : 13 tingkat
  • Menara IPK Negeri : 12 tingkat
  • Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah I : 12 tingkat
  • The Regency Hotel : 12 tingkat


Sederhana Tinggi :

  • Menara KWSP : 11 tingkat
  • Menara Sentosa : 10 tingkat
  • Menara Bina Darulaman Berhad : 10 tingkat
  • Hotel Starcity : 10 tingkat
  • Menara UMNO : 10 tingkat
  • Bangunan TNB : 10 tingkat
  • Kedah Medical Center : 10 tingkat
  • Putra Medical Center : 10 tingkat
  • Wisma Persekutuan : 9 tingkat
  • Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air I : 9 tingkat
  • Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air II : 9 tingkat
  • Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah II : 9 tingkat
  • Bangunan BSN : 9 tingkat
  • Bangunan RISDA : 9 tingkat
  • Sentosa Regency Hotel : 8 tingkat
  • Arkib Negara : 8 tingkat
  • Wisma Darulaman : 8 tingkat
  • Plaza MARA (Plaza Alor Setar) : 8 tingkat
  • Sentosa Regency : 8 tingkat
  • Wisma Persekutuan : 8 tingkat
  • Kompleks Haji : 8 tingkat
  • Menara Perkeso : 7 tingkat
  • Kurnia Insurance : 7 tingkat
  • Wisma DPMK : 7 tingkat
  • Royale Signature Hotel : 7 tingkat

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...